Pesta Tanjung Balau@KEJORA 2024: Mengorak Langkah Menuju Tahun Melawat Johor 2026
Pesta Tanjung Balau@KEJORA 2024 telah disempurnakan dengan penuh gemilang oleh YB Datuk Hajah Rubiah Hj. Awang, Timbalan Menteri KKDW. Acara ini memperlihatkan komitmen Tanjung Balau sebagai destinasi pelancongan utama dengan penganjuran pelbagai aktiviti menarik, termasuk KEJORA Surfing Cup 2024.
Pantai Tanjung Balau kini menjadi destinasi pilihan, membawa harapan untuk menyumbang kepada kejayaan Tahun Melawat Johor 2026. Turut memeriahkan acara ini ialah barisan pemimpin negeri seperti YB Datin Paduka Hajah Hazlina Jalil dan YB Aznan Tamin, yang menzahirkan sokongan penuh terhadap pembangunan ekopelancongan di kawasan ini.
Pesta ini bukan sahaja mempromosikan Pantai Tanjung Balau, tetapi juga memperkukuh kedudukannya sebagai ikon pelancongan Johor, sejajar dengan aspirasi KEJORA dan komuniti setempat.









